Barisan pemain Sepanyol melakukan latihan sebelum sepak mula final Euro 2024 menentang England.
Barisan pemain Sepanyol melakukan latihan sebelum sepak mula final Euro 2024 menentang England.
Reuters

Berlin: Jurulatih Sepanyol Luis de la Fuente membuat dua perubahan pada pasukan utamanya untuk perlawanan akhir Euro 2024 menentang England.

Selepas terlepas aksi separuh akhir Sepanyol ke atas Perancis, pemain pertahanan Dani Carvajal dan Robin Le Normand kembali dari penggantungan menggantikan Nacho dan Jesus Navas.

Pemain tengah serangan Dani Olmo akan membuat penampilan kedua berturut-turut selepas Pedri mengalami kecederaan lutut semasa kemenangan suku akhir ke atas tuan rumah Jerman.

Olmo menjaringkan satu gol dan membuat satu bantuan untuk membantu Sepanyol menewaskan Jerman dan menjaringkan gol kemenangan menentang Perancis.

England membuat satu perubahan dengan Luke Shaw masuk sebagai bek kiri menggantikan Kieran Trippier, yang digantikan pada separuh masa pertama dalam kemenangan separuh akhir mereka ke atas Belanda.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 2:46 AM