Mohamed Salah menukar gaya rambut daripada afro kepada botak.
Mohamed Salah menukar gaya rambut daripada afro kepada botak.
Agensi

London: Bintang Liverpool Mohamed Salah membuat kejutan yang mengejutkan ramai peminatnya apabila tidak lagi menggayakan rambut afronya yang menjadi 'trademark' dia selama ini.

Perubahan gaya rambut bintang Mesir itu jelas sekali menyaksikan dia mahukan angin perubahan sejajar dengan bertukarnya ketua jurulatih Liverpool dari Jurgen Klopp kepada Arne Slot.

Salah bersama Klopp selama tujuh tahun daripadanya, muncul salah seorang pemain terbaik di dunia di bawah tunjuk ajarnya.

Dia memulakan era baharu dengan menggayakan rambut baharu apabila mencukur terus gaya rambut afro.

Salah dan rakan sepasukan Liverpool sedang bercuti dan tiada hantaran percutian paling mengejutkan peminat The Reds selain hantaran Salah semalam.

Bintang dari Mesir itu menggunakan laman Instagram untuk berkongsi foto dia bergaya di depan cermin sebuah hotel dengan menambah emoji 'berpeluh.'

Di sebalik lampu yang tidak cerah, peminat pantas mengenal pasti perubahan ketara gaya penampilannya.

Hantaran itu mendapat lebih 300,000 likes dalam tempoh hanya sejam dengan beribu-ribu komen mengenai gaya rambut baharunya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2024 @ 2:33 PM