KAKA bersama bekas isterinya Caroline. FOTO Agensi
KAKA bersama bekas isterinya Caroline. FOTO Agensi
Agensi

London: Kaka pemain bola sepak yang hebat malah lelaki sangat baik tetapi masih tidak cukup bagus untuk isterinya yang mengambil keputusan meninggalkan legenda Brazil itu.

Caroline Celico, 36, menemui lelaki sempurna dalam diri Kaka tapi masih ada sesuatu yang tak memuaskan hatinya sehingga membawa perceraian mereka.

Ketika ditanya mengapa dia mahu berpisah dengan Kaka, dia mendedahkan: "Kaka tidak pernah khianati saya, dia melayan saya dengan baik, dia memberikan saya keluarga bahagia tetapi saya tidak gembira, ada sesuatu yang hilang. Masalahnya dia terlalu sempurna bagi saya."

Kenyataan itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat Kaka tetapi bekas pemain Brazil itu yang kini berusia 41 tahun sudah temui pengganti iaitu Carolina Dias.

Bagaimanapun, Kaka masih berhubungan dengan bekas isterinya Caroline demi dua anak mereka hasil perkahwinan selama 10 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2024 @ 8:18 PM