NAMIBIA bakal berdepan Angola di peringkat 16 terakhir AFCON 2024. FOTO AFP
NAMIBIA bakal berdepan Angola di peringkat 16 terakhir AFCON 2024. FOTO AFP
Reuters

San Pedro: Namibia layak ke peringkat kalah mati Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) buat pertama kali apabila mereka mengikat Mali dengan keputusan seri 0-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Namibia layak sebagai salah satu daripada empat penamat terbaik di tempat ketiga selepas mereka menamatkan kempen Kumpulan E dengan empat mata.

Mali muncul juara kumpulan dengan lima mata dan Afrika Selatan di tempat kedua juga dengan empat mata, menamatkan saingan di atas Namibia selepas menewaskan mereka 4-0 hujung minggu lalu.

Tunisia tersingkir selepas mereka seri 0-0 dengan Afrika Selatan dalam perlawanan Kumpulan E yang lain.

Juara kumpulan, Mali mara ke pertemuan 16 terakhir dengan bertemu Burkina Faso di Korhogo Selasa depan, manakala Namibia akan menentang negara jiran, Angola pada hari Sabtu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2024 @ 11:50 AM