BROWNING kini mewakili skuad kebangsaan China. FOTO AGENSI
BROWNING kini mewakili skuad kebangsaan China. FOTO AGENSI
AFP

Doha: Sedekad lalu, pemain antarabangsa England, Tyias Browning membuat penampilan bersama Everton menentang Liverpool di Anfield.

Kini, pemain pertahanan itu mempunyai nama baru dan bermain di Piala Asia Qatar bersama skuad kebangsaan China.

Berusia 29 tahun dan secara rasminya menyandang nama "Jiang Guangtai", Browning masih mengekalkan loghat di bandar kelahirannya Liverpool walaupun menjadi tonggak penting kepada barisan pertahanan China.

"Tyias adalah pemain terbaik dan profesional, sangat serius, dengan pengalaman luas dalam bola sepak. Ia cukup berharga untuk kami," kata jurulatih China dari Serbia, Aleksandar Jankovic, hari ini.

"Dia mempunyai intensiti, kekuatan, kelajuan dan segala-galanya," katanya lagi.

Perjalanan karier luar biasa Browning bermula pada 2019 apabila dia meninggalkan kelab zaman kanak-kanaknya, Everton dan menyertai Guangzhou Evergrande.

Pada masa itu, Guangzhou adalah pasukan paling berjaya dalam Liga Super China apabila berbelanja besar membeli pemain antarabangsa seperti Oscar dan Carlos Tevez.

Legenda Itali, Fabio Cannavaro adalah jurulatih Guangzhou ketika itu.

Selepas beberapa tahun melengkapkan dokumen diperlukan, Browning akhirnya membuat penampilan sulung untuk negara angkatnya yang baharu itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2024 @ 9:00 PM