LILLE tak beri peluang kepada Golden Lion. -FOTO AFP
LILLE tak beri peluang kepada Golden Lion. -FOTO AFP
AFP

Villeneuve-d'Ascq, Perancis: Selepas mengembara hampir 7,000km dari pulau Martinique di Caribbean, Golden Lion terpaksa menerima kekalahan besar apabila tewas 0-12 kepada pasukan gergasi Ligue 1, Lille dalam saingan Piala Perancis semalam.

Dengan suhu di atas sifar di bandar utara Perancis, Saint Joseph, sebuah bandar yang mempunyai pendudukan 16,000 di pulau itu dengan suhu boleh mencecah 30 darjah celsius (86 darjah Fahrenheit) di rumah.

Golden Lion beraksi di liga serantau peringkat keenam liga Perancis, manakala pemenang Piala Perancis enam kali Lille menduduki tempat keempat dalam liga teratas tetapi jurulatih Lille, Paulo Fonseca masih meletakkan barisan terkuatnya.

Lille tanpa belas ehsan dengan pantas membuat serangan menerusi Edon Zhegrova dan Jonathan David menjaringkan hatrik.

Yusuf Yazici dan Hakon Haraldsson masing-masing menjaringkan dua gol. Tiago Santos dan Amine Messoussa turut menambah kenduri gol pada malam itu.

Pasukan dari pulau Martinique itu menurunkan penjaga gol kebangsaan Gilles Meslien tetapi pemain berusia 34 tahun mungkin terlepas daripada dipersalahkan kerana juara lima kali Martinique mungkin tidak dapat menandingi penjaga gol lawannya Lille, Lucas Chevalier.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 January 2024 @ 10:14 AM