SMITH Rowe mungkin diturunkan dalam kesebelasan utama Jumaat ini. FOTO AFP
SMITH Rowe mungkin diturunkan dalam kesebelasan utama Jumaat ini. FOTO AFP
Agensi

London: Arsenal akan berdepan West Ham United pagi Jumaat ini dan Mikel Arteta dijangka melakukan percaturan yang jarang berlaku dengan menurunkan Emile Smith Rowe.

The Gunners kehilangan tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Liverpool mencatatkan kemenangan ke atas Burnley 2-0.

Mereka mahu kembali mencatat kemenangan minggu ini, dan Smith Rowe boleh membantu merealisasikan impian itu mengutip dengan mengutip tiga mata menentang Hammers.

Arsenal mempunyai banyak perkara positif untuk diambil daripada perlawanan menentang Liverpool hujung minggu lalu, tetapi yang negatif ialah Kai Havertz menerima kad kuning kelimanya musim ini.

Pemain antarabangsa Jerman itu kini digantung perlawanan menentang West Ham dan Arteta mempunyai keputusan untuk menentukan siapa yang akan mengisi kekosongan itu.

Leandro Trossard adalah antara calon untuk mengisi posisi itu, manakala Jorginho juga boleh dipertaruhkan dan menolak Declan Rice lebih jauh ke hadapan.

Bagaimanapun, Smith Rowe layak untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama dan selepas pulih daripada kecederaan.

Pemain England itu, yang dikategorikan sebagai pemain 'luar biasa' oleh Arteta, mengalami masa yang sukar kerana masalah kecergasan.

Dia hanya beraksi dalam kesebelasan utama sebanyak dua kali pada keseluruhan tahun 2023.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Disember 2023 @ 2:12 PM