TIMBALAN Presiden PBSNT, Datuk Marzuki Sulong bakal perkenal Anugerah Bolasepak Terengganu tahun depan. FOTO GHAZALI KORI
TIMBALAN Presiden PBSNT, Datuk Marzuki Sulong bakal perkenal Anugerah Bolasepak Terengganu tahun depan. FOTO GHAZALI KORI
Malik Muhamad


Kuala Terengganu: Bagi mengiktiraf dan mengenang jasa pemain bola sepak negeri yang cemerlang, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) bakal memperkenalkan Anugerah Bolasepak Terengganu (ABT) pada musim depan.

Timbalan presidennya, Datuk Marzuki Sulong berkata, anugerah berprestij dalam negeri itu bakal diberikan kepada pemain yang cemerlang bermula di peringkat sekolah rendah sehingga ke Liga Malaysia (Liga M).

"Anugerah bolasepak ini adalah untuk mengiktiraf dan mengenang jasa pemain bola sepak negeri yang cemerlang bermula di peringkat sekolah rendah lagi sehinggalah mewakili pasukan kebangsaan.

"Kita akan bincang secara lebih terperinci selepas ini kerana perancangan kita akan mula dilaksanakan pada tahun depan dengan 22 kategori bakal diberikan.

"Kita harap anugerah yang bakal diperkenalkan itu nanti mampu meningkatkan lagi mutu bola sepak negeri dan seterusnya pasukan negara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Disember 2023 @ 5:04 PM