AZWAN Aripin. FOTO SRI PAHANG FC  
AZWAN Aripin. FOTO SRI PAHANG FC  
Asrol Awang


Kuantan: Selepas gagal ke separuh akhir Piala Malaysia, Sri Pahang FC kembali memberi tumpuan dalam saingan Liga Super apabila melayan kunjungan Kuching City FC, Sabtu ini.

Pemain pertahanan Tok Gajah, Azwan Aripin berkata, kegagalan itu diterima dengan hati terbuka biarpun kecewa untuk melangkah lebih jauh dalam siangan piala berprestij itu.

"Memang kecewa apabila tidak layak ke separuh akhir tetapi inilah bola sepak yang perlu kita terima dengan hati yang terbuka. Oleh itu, misi wajib menang berdepan Kuching City Sabtu ini untuk memastikan Sri Pahang berada pada kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.

"Namun, prestasi Kuching City kini lebih baik di bawah kendalian ketua jurulatih (Aidil Sharin Sahak) yang memerlukan kami lebih berwaspada dan memberi tentangan," katanya.

Selepas mengharungi 20 perlawanan liga, skuad Tok Gajah berada di kedudukan kelima dengan mengutip 40 mata manakala Kuching City di kedudukan tercorot apabila sekadar mengutip tujuh mata.

Biarpun berada di kedudukan tercorot, skuad kendlaian Fandi Ahmad tidak boleh memandang mudah jika mahu mengutip tiga mata di halaman sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 September 2023 @ 9:13 PM