PENYOKONG Newcastle mula membanjiri bandar Milan. FOTO Reuters
PENYOKONG Newcastle mula membanjiri bandar Milan. FOTO Reuters
AFP

Milan: Sekumpulan lelaki berpakaian baju menutup kepala menikam penyokong Newcastle United di Milan menjelang perlawanan Liga Juara-Juara antara AC Milan dan kelab England itu, kata polis Itali.

Lelaki Britain yang tidak didedahkan identitinya itu, bersama seorang rakannya, tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa dalam serangan berkenaan.

"Lelaki berusia 58 tahun itu didatangi sekumpulan lelaki memakai baju menutup kepala. Mereka mencederakan lengan dan belakangnya. Dia dibawa ke hospital di Milan, dan dia akan dibenarkan keluar daripada hospital tidak lama lagi," kata sumber.

Polis melancarkan siasatan sama ada serangan itu dikaitkan dengan perlawanan itu atau tidak.

Newcastle berkata mereka 'sangat prihatin' dan berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk memahami keadaan.

"Fikiran kami adalah terarah kepada penyokong dan keluarga mereka dan kami berharap mereka pulih secepat mungkin.

Kelab Itali, AC Milan menerima kunjungan Newcastle awal pagi ini dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 September 2023 @ 9:21 PM