LUKAKU (kiri) berjaya meledak satu gol ketika Roma menentang Empoli. FOTO AFP
LUKAKU (kiri) berjaya meledak satu gol ketika Roma menentang Empoli. FOTO AFP
Reuters

Rom: Romelu Lukaku menjaringkan gol pertamanya untuk AS Roma dan pengurus, Jose Mourinho berkata penyerang Belgium itu gembira kerana datang ke pasukan yang membuatkan dia 'rasa disayangi'.

"Lukaku menyertai Roma secara pinjaman selama semusim dari Chelsea dan bersatu semula dengan Mourinho, yang bekerja dengan pemain berusia 30 tahun itu di kelab London barat dan Manchester United.

Lukaku menghabiskan musim lalu secara pinjaman dengan sebuah lagi kelab Serie A, Inter Milan.

Kemenangan 7-0 Roma di tempat sendiri ke atas Empoli memberikan mereka kemenangan pertama musim ini, dengan Lukaku menjaringkan gol keenam pada minit ke-82.

"Romelu perlu berasa disayangi dan dikehendaki," tambahnya.

"Apabila dia datang ke sini, dia dapat merasakan pasukan memerlukan pemain seperti dia. Saya rasa dia benar-benar gembira. Dia suka menang - itu sifatnya."

Mourinho juga berkata menyertai Roma bakal memberi kesan baik untuk meningkatkan keyakinan pemain Belgium itu.

"Itu bukan masalah besar bagi saya. Mungkin untuknya – anda tahu bagaimana pemain bola sepak, terutamanya pemain penyerang, mereka hidup untuk menjaringkan gol," tambahnya.

"Dia seorang pemain yang bijak dan sejak tiba menjelaskan bahawa pertama sekali yang penting ialah Roma menjaringkan gol, bukannya dia menjaringkan gol."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 September 2023 @ 7:35 PM