PASUKAN Generasi FELDA Chalok Barat muncul juara Piala DMJ. FOTO Ihsan GFCB
PASUKAN Generasi FELDA Chalok Barat muncul juara Piala DMJ. FOTO Ihsan GFCB
Malik Muhamad


Kuala Terengganu: Pelbagai cara dilakukan masyarakat bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan Malaysia semalam.

Bagi penduduk di Felda di Setiu, mereka mengadakan Kejohanan Bolasepak Piala DMJ bagi menyemarakkan lagi sambutan hari bersejarah itu.

Penyelaras program, Wan Mohammad Afiq Wan Mohd Suhaimi berkata, kejohanan yang berlangsung selama dua hari bermula 30 Ogos itu adalah bagi membugarkan lagi Sambutan Bulan dan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66.

"Bukan pemenang yang kami cari, sebaliknya kejohanan anjuran DMJ bersama Felda selama dua hari itu adalah bagi menyemai semangat cintakan negara," katanya.

Dalam kejohanan yang disertai lapan Felda di Padang Awam Felda Chalok Barat itu, pasukan Generasi Felda Chalok Barat FC muncul juara, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik pasukan Felda Jerangau dan Chalok Rahmat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 September 2023 @ 9:55 PM