MBAPPE peledak berbisa PSG.
MBAPPE peledak berbisa PSG.
Agensi

Paris: Bintang Paris Saint-Germain Kylian Mbappe membuat pusingan U berkaitan masa depannya apabila terus kekal di PSG dan melanjutkan kontraknya sehingga 2025,menurut laporan hari ini.

Mbappe tampak bakal meninggalkan PSG dengan Real Madrid menjadi destinasi pilihan. Namun Los Blancos tidak pernah membuat tawaran rasmi untuk mendapatkan MBappe manakala tawaran mega daripada Arab Saudi yang diterima PSG tidak menarik minat pemain itu.

Pemain Perancis itu dilarang menyertai sesi latihan skuad utama PSG tetapi kini disenaraikan semula dan selepas beberapa jam berita itu tersiar, dia kini hampir pasti terus kekal di ibu kota Perancis itu.

Menurut Sky Sports, Mbappe akan kekal di PSG pada musim panas ini. Menurut laporan itu: "Kylian Mbappe akan kekal dan beraksi untuk PSG musim ini. Kemenangan besar kepada Presiden PSG Nasser Al-Khelaifi susulan kemelut kontrak dengan pemainnya itu."

"Mbappe kini dijangka melanjutkan kontraknya dengan PSG sehigga 2025 sekali gus bermakna dia tidak boleh berpindah ke Real Madrid tanpa apa-apa. Al-Khelaifi memberitahu skuad PSG pagi ini Kylian komited dengan PSG. Kylian kini kembali."

PSG semalam berkata: "Susulan rundingan sangat konstruktif dan positif antara PSG dan Mbappe sebelum perlawanan PSG - Lorient, pemain itu dimasukkan semula ke dalam sesi latihan skuad utama pagi ini."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Ogos 2023 @ 7:03 PM