ARSENAL akan bertemu Man United, Ahad ini. FOTO AFP
ARSENAL akan bertemu Man United, Ahad ini. FOTO AFP
Agensi

London: Arsenal perlu berhenti mencuba menjadi lebih inovatif ke atas taktikal mereka dan kembali kepada corak permainan asal sebelum pertembungan dengan Manchester United, kata Gary Neville.

Joao Palhinha mengejutkan The Gunners dengan gol penyamaan lewat permainan Sabtu lalu ketika Fulham yang beraksi dengan 10 pemain meraih keputusan seri 2-2 yang dramatik di Emirates dan menamatkan permulaan sempurna tuan rumah di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Mikel Arteta memutuskan menggunakan Thomas Partey sebagai pemain pertahanan sepenuhnya untuk perlawanan ketiga dalam usahanya mencari keseimbangan bagi membantu pemain baharu, Declan Rice dan Kai Havertz.

Neville berkata dalam Podcast Gary Neville bahawa dia mahu melihat Arteta kembali kepada sistem yang sesuai dengan Arsenal seperti musim lalu apabila mereka menentang Manchester United pada Ahad ini.

"Melihat Arsenal, terdapat unsur eksperimen untuk Thomas Partey bermain sebagai pemain pertahanan dan pemain tengah. Kadang-kadang ada elemen yang perlu kembali ke asas.

"Saya rasa Mikel Arteta akan menamatkan segala eksperimen apabila menentang Manchester United.

"Kembali kepada sesuatu yang menyerupai pasukan sebenar. Inovasi adalah bagus tetapi keseimbangan pasukan adalah sangat penting.

"Saya suka melihat perkara baharu tetapi kadangkala idea boleh berubah menjadi sesuatu yang tidak berfungsi.

"Arsenal perlu mencari jalan penyelesaian kepada masalah mereka dan kembali kepada taktikal yang sesuai dengan corak permainan pasukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Ogos 2023 @ 12:03 PM