MARTA (kiri) sekali lagi diberi kepercayaan mengetuai skuad wanita Brazil di Piala Dunia. FOTO Reuters
MARTA (kiri) sekali lagi diberi kepercayaan mengetuai skuad wanita Brazil di Piala Dunia. FOTO Reuters
AFP

Rio de Janeiro: Penyerang veteran, Marta akan mengetuai skuad berwajah baharu Brazil yang memburu Piala Dunia Wanita pertama apabila kejohanan itu bermula bulan depan.

Pada usia 37 tahun, legenda yang memakai jersi nombor 10 itu dan dianggap sebagai pemain bola sepak wanita terhebat, akan beraksi dalam Piala Dunia keenamnya di Australia dan New Zealand selepas bangkit daripada kecederaan lutut sehingga memaksanya berehat hampir setahun.

"Marta ialah 'Ratu', ikon, dan berada di sekelilingnya adalah satu penghormatan," kata jurulatih, Pia Sundhage kepada pemberita ketika mengumumkan skuad 23 pemain.

"Dalam skuad terakhir, dia adalah antara yang terbaik. Adakah dia akan bermula dalam kesebelasan utama? Saya belum tahu lagi."

Juara Copa America Brazil berada di persimpangan generasi, dan tidak dijangka menjulang trofi.

Sundhage memilih 11 pemain yang akan membuat penampilan sulung di Piala Dunia dan jurulatih Sweden itu turut memasukkan veteran seperti penjaga gol, Leticia dan Barbara, pertahanan, Kathellen, Rafaelle dan Tamires, dan penyerang Bia Zaneratto, Andressa Alves dan Debinha.

Brazil, yang berada dalam Kumpulan F bersama Perancis, Jamaica dan Panama, akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Panama di Adelaide pada 24 Julai.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Jun 2023 @ 8:08 AM