MCNEIL (tengah) meraikan gol bersama Abdoulaye Doucoure (kiri) dan Nathan Patterson (kanan) selepas menjaringkan gol keempat. FOTO AFP
MCNEIL (tengah) meraikan gol bersama Abdoulaye Doucoure (kiri) dan Nathan Patterson (kanan) selepas menjaringkan gol keempat. FOTO AFP
AFP

London: Everton terkeluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah Brighton kejam 5-1 ketika harapan Leicester untuk terus kekal di liga utama terus terancam selepas tewas 5-3 di Fulham.

Manakala Nottingham Forest boleh menarik nafas lega apabila keluar daripada zon penyingkiran selepas menundukkan Southampton 4-3.

Brighton yang dalam usaha untuk layak beraksi dalam saingan Eropah buat kali pertama dalam sejarah kelab terpaksa akur jadual yang padat menjejaskan aksi anak buat Roberto De Zerbi apabila tewas kepada Everton yang sebelum ini tidak pernah menang sejak Oktober.

Toffees memulakan saingan apabila Abdoulaye Doucoure membuka jaringan selepas hanya 34 saat beraksi.

Tendangan voli Doucoure hasil hantaran lintang Dwight McNeil menggandakan gol buat Everton sebelum penjaga gol Brighton, Jason Steele menepis hantaran lintang McNeil ke gawangnya sendiri.

De Zerbi bertindak balas dengan membuat empat pertukaran pada separuh masa namun gagal menghalang kebangkitan Everton apabila McNeil menjadikan kedudukan 4-0.

McNeil melengkapkan persembahan cemerlang Everton pada masa kecederaan.

Kemenangan pertama dari lapan perlawanan membolehkan anak buah Sean Dyche kini dua mata di atas zon penyingkiran.

"Ia adalah kualiti prestasi yang kami mahu bina," kata Dyche. "Ia ada di sana - ia adalah konsistensi yang saya cari."

Brighton kekal di tangga ketujuh liga, dua mata di belakang Tottenham dengan dua perlawanan dalam tangan, namun harapan mereka untuk berada di kedudukan empat teratas kini pudar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2023 @ 7:44 AM