BAMBA dan Callum Paterson (kiri) meraikan kemenangan Cardiff City ke atas Brighton & Hove Albion di Cardiff City Stadium. FOTO Reuters
BAMBA dan Callum Paterson (kiri) meraikan kemenangan Cardiff City ke atas Brighton & Hove Albion di Cardiff City Stadium. FOTO Reuters
Reuters

CARDIFF: Sol Bamba menjaringkan gol lewat permainan untuk kemenangan 2-1 Cardiff City ke atas Brighton & Hove Albion dan membawa mereka keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Ketika permainan hanya berbaki beberapa saat, percubaan Bamba terkena tiang dan disusuli dengan rembatan Callum Peterson yang terkena palang sebelum kembali kepada Bamba yang memastikan peluang terakhir itu disempurnakan.

Ia melengkapkan hari bersejarah buat Neil Warnock, yang meraikan perlawanan ke-100 sebagai pengendali Cardiff, dan kemenangan kedua liga tertinggi Inggeris itu musim ini pada perlawanan yang menyaksikan pemain Brighton Dale Stephens dibuang pada pada babak pertama.

Brighton bermula baik dengan membuka jaringan pada minit keenam apabila pertahanan England Lewis Dunk yang tidak dikawal menanduk masuk bola sepakan percuma Solly March.

Cardiff bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-28 menerusi Paterson yang mendapat umpanan cantik daripada Kadeem Harris.

Brighton terpaksa beraksi 10 orang pada minit ke-34 selepas Stephens yang mengasari Greg Cunningham dilayangkan kad merah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 November 2018 @ 12:56 AM