RODRYGO sedia sekat City sekali lagi. FOTO AFP
RODRYGO sedia sekat City sekali lagi. FOTO AFP
AFP

Madrid: Dua gol jaringan Rodrygo membolehkan Real Madrid menjulang Copa del Rey dan menyerlahkan cita-citanya untuk memberi peranan dalam perlawanan besar.

Lawan mereka di separuh akhir Liga Juara-Juara, Manchester City tidak perlu diingatkan mengenai kehebatan Rodrygo yang sebelum ini menjadi pemusnah kelab England itu

Jaringan pemain Brazil pada minit ke-90 dan 91 menentang City musim lalu terus memusnahkan impian kelab berkenaan ke final.

Real meraih kemenangan ketika aksi diheret ke masa tambahan di Santiago Bernabeu sekali gus mara ke final dan muncul juara buat kali ke-14.

Ia berbeza dengan pasukan bimbingan Pep Guardiola yang masih belum merasai nikmat menjulang trofi berkenaan.

Dengan Erling Haaland yang mempunyai sentuhan pemusnah mengetuai barisan, ramai yang menganggap City mampu membalas dendam terhadap Real, tetapi sebagai penyandang juara itu tidak boleh diketepikan terutamanya dengan kehadiran Rodrygo.

Penyerang berusia 22 tahun itu memenangi setiap trofi yang mungkin dalam tempoh singkatnya di Real, melengkapkan set dengan Copa del Rey selepas kemenangan 2-1 menentang Osasuna semalam.

Rodrygo menjaringkan gol dalam masa dua minit dan menjaringkan gol kemenangan selepas Lucas Torro menyamakan kedudukan.

"Tiada siapa tahu sejauh mana dia boleh pergi," kata jurulatih Real, Carlo Ancelotti selepas dua gol Rodrygo.

"Dia seorang pemain yang sangat elegan, pergerakannya menakjubkan dan dia menjaringkan gol. Dia berkembang dengan hebat."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mei 2023 @ 1:22 PM