SKUAD di bawah kendalian Soleen itu akan turun pada aksi pertama Kumpulan A menentang Vietnam pada Rabu depan. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia
SKUAD di bawah kendalian Soleen itu akan turun pada aksi pertama Kumpulan A menentang Vietnam pada Rabu depan. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia
BERNAMA

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai akhir 20 pemain skuad Malayan Tigress yang akan berlepas ke Phnom Penh, Kemboja Isnin ini, untuk aksi di Sukan SEA yang akan berlangsung bermula Mei ini.

FAM menerusi laman web rasmi fam.org.my berkongsi senarai akhir 20 pemain Malayan Tigress antaranya tiga kapten pasukan iaitu Steffi Sarge Kaur (pertahanan), Nur Lyana Soberi dan Farahiyah Muhamad Ridzuan (tengah).

Nur Ezza Ashikin Abdul Razak (penjaga gol) serta Intan Sarah Anisah Zulgafli dan Henrietta Justine pula diberi tanggungjawab untuk mengemudi jentera serangan.

Skuad di bawah kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan turun pada aksi pertama Kumpulan A menentang Vietnam pada Rabu (3 Mei), Filipina pada Sabtu (6 Mei) dan Myanmar pada Selasa (9 Mei) di Stadium Army, Phnom Penh, Kemboja.

Sekiranya skuad bola sepak wanita kebangsaan ini berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 12 Mei dan aksi final serta penentuan tempat ketiga atau empat yang akan berlangsung pada 15 Mei.

Malaysia pada edisi di Hanoi, Vietnam tidak menghantar wakil untuk beraksi pada acara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2023 @ 9:46 PM