RONALDO ada tugas baharu di Real Madrid.
RONALDO ada tugas baharu di Real Madrid.
Agensi

Riyadh: Bintang bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo dilapor membuat keputusan meninggalkan kelab Arab Saudi, Al Nassr selepas Presiden Real Madrid Florentino Perez menawarkan peranan bukan sebagai pemain di bekas kelabnya itu.

Menurut El Nacional, Ronaldo yang berusia 38 tahun berhasrat kekal di Eropah dan cuba kembali ke Real Madrid selepas meninggalkan Manchester United pada Januari lalu.

Penyerang sensasi itu menikmati karier cemerlang di Bernabeu sepanjang sembilan musim dengan meledak 450 gol dan mencipta 131 bantuan jaringan dalam 438 perlawanan.

Namun Perez dilaporkan menyekat perpindahan berpotensi Ronaldo ke kelab itu. Bagaimanapun, pemain itu merindui detik di Madrid dan kini ditawar peranan sebagai duta kelab atau menjadi anggota organisasi sukan mereka.

Tawaran itu hadir ketika Ronaldo cemerlang di Liga Pro Saudi apabila menjaringkan 11 gol dalam 14 perlawanan bersama Al Nassr.

Oleh itu ketika Ronaldo tidak mungkin bersara dalam masa terdekat, sudah ada tugas menunggunya di Real Madrid selepas menggantung but.

Persoalannya, kelab mana menjadi destinasi Ronaldo selepas ini. Dia dibayar €200 (RM985.36 juta) setahun oleh Al Nassr dengan kontraknya tamat 2024.

Bekas pengurus kelab Rudi Garcia menegaskan Ronaldo bakal kembali ke Eropah dan tidak mungkin mengakhiri kariernya di Al Nassr.

Keputusan Ronaldo meninggalkan Arab Saudi mungkin mengejutkan bagi sesetengah pihak tetapi dia tampak mahu memastikan masa depannya di Eropah.

Dengan rekod menakjubkan beserta tawaran sebagai duta oleh Perez mungkin sudah cukup untuk Ronaldo kembali ke Real Madrid dalam kapasiti berbeza.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2023 @ 12:49 PM