CRISTIANO Jr, juga menandatangani kontrak dengan akademi remaja Al Nassr. -FOTO Agensi
CRISTIANO Jr, juga menandatangani kontrak dengan akademi remaja Al Nassr. -FOTO Agensi
Agensi

Riyadh: Cristiano Ronaldo semakin menjadi kaya sejak dia berpindah ke Liga Pro Saudi.

Pemenang Ballon d'Or lima kali memilih untuk berhijrah apabila dia bersetuju dengan perjanjian £177 juta (RM1.02 bilion) setahun dengan kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr kurang setahun lalu.

Perpindahan itu dimuktamatkan pada 30 Disember berikutan kontrak Ronaldo di Manchester United ditamatkan kerana perselisihan dengan Erik ten Hag.

Ronaldo kini membawa pulang kira-kira £3.4 juta seminggu (RM19.64 juta) dari Al Nassr dan selepas setahun, pemain berusia 38 tahun itu kini mengumpul sekitar £153 juta (RM883.86 juta).

Penjaring rekod gol Real Madrid itu adalah pemain yang menerima bayaran tertinggi dalam bola sepak dunia dengan margin yang besar, dengan pendapatan luar padang selain gaji yang lumayan.

Tetapi biarpun meraih wang lumayan, kehadirannya di Saudi memberi impak yang besar apabila dia kini sudahpun menjaringkan 36 gol dalam 42 penampilan bersama Al Nassr yang berada di tangga kedua liga selepas 13 perlawanan.

Anak lelaki Ronaldo, Cristiano Jr, juga mengikut jejaknya dengan menandatangani kontrak dengan akademi remaja Al Nassr.

Pemain berusia 13 tahun itu mengikut ayahnya ke Juventus dan Manchester United dan bermain di akademi remaja di sana.

Dia kini akan meneruskan perkembangannya di Al Nassr dan menurut Fabrizio Romano, juga memakai jersi bernombor tujuh yang sinonim dengan ayahnya itu.

Pemenang Piala Juara-Juara Kelab Arab menaruh harapan tinggi Cristiano Jr kerana dia bermain dua tahun di atas kumpulan umurnya dan akan menyertai pasukan Bawah 15 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 November 2023 @ 10:06 AM