PEMAIN Tottenham sedia bayar semula kos tiket penyokong yang hadir ke St James Park. FOTO Reuters
PEMAIN Tottenham sedia bayar semula kos tiket penyokong yang hadir ke St James Park. FOTO Reuters
AFP

London: Pemain Tottenham menawarkan diri untuk membayar balik kos tiket perlawanan kepada penyokong selepas kekalahan 1-6 semalam di Newcastle ketika mereka membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini.

Spurs ketinggalan 0-5 dalam tempoh 21 minit di St James' Park yang menyebabkan pengurus sementara, Cristian Stellini kehilangan tugasnya selepas tidak sampai sebulan mengendalikan pasukan.

"Kami memahami kekecewaan anda, kemarahan anda. Ia tidak cukup bagus," kata Tottenham dalam satu kenyataan kelab.

"Kami tahu kata-kata tidak mencukupi dalam situasi seperti ini, tetapi percayalah, kekalahan seperti ini menyakitkan.

"Kami menghargai sokongan anda, di tempat sendiri dan di tempat lawan, dan dengan mengambil kira ini, kami ingin membayar balik kos tiket perlawanan penyokong di St James' Park.

"Kami tahu ini tidak mengubah apa yang berlaku dan kami akan memberikan segala-galanya untuk memperbaiki keadaan menentang Manchester United apabila, sekali lagi, sokongan anda sangat bermakna kepada kami."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 April 2023 @ 11:12 PM