ZLATAN Ibrahimovic (kiri) kecewa selepas pasukannya sekadar mencatat keputusan seri. FOTO AP
ZLATAN Ibrahimovic (kiri) kecewa selepas pasukannya sekadar mencatat keputusan seri. FOTO AP
Reuters

Milan: Gol separuh masa kedua daripada penyerang Salernitana, Boulaye Dia memadamkan jaringan pembukaan Olivier Giroud ketika penyandang juara hanya mencatat keputusan seri di laman sendiri dalam aksi Serie A.

Ia adalah kali ketiga berturut-turut Milan gagal mencatatkan kemenangan dalam semua kejohanan.

Milan, yang mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama selepas menyingkirkan Tottenham Hotspur minggu lalu, menduduki tangga keempat apabila mengumpul 48 mata.

Mereka sekarang ini ketinggalan satu mata di belakang pasukan tempat ketiga Lazio dan dua mata ketinggalan dengan pasukan tempat kedua, Inter Milan.

Mereka juga ketinggalan 20 mata dengan pendahulu liga, Napoli.

"Kami perlu melakukan lebih baik, ini adalah peluang dan kami menyedarinya... kami perlu lebih matang," kata jurulatih Milan, Stefano Pioli kepada Sky.

"Kami perlu lebih matang dalam aspek mental, kerana kami adalah pasukan yang sepatutnya kompetitif di Eropah dan Itali.

"Kami bermain lima hari selepas persembahan baik yang sepatutnya memberikan kami tenaga dan intensiti dan melihat bagaimana kami melepaskan gol, ia seperti kekurangan sesuatu."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mac 2023 @ 8:43 AM