AKSI pemain pertahanan Sri Pahang FC, Fadhli Shas (kanan). FOTO Sri Pahang FC
AKSI pemain pertahanan Sri Pahang FC, Fadhli Shas (kanan). FOTO Sri Pahang FC
Oleh Asrol Awang


Kuantan: Sri Pahang FC yang mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan, termasuk Piala FA tidak mahu dikecewakan Sabah FC apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Darul Makmur, Ahad ini.

Lima mata yang diperoleh termasuk menang 4-1 ke atas Kelantan di halaman sendiri pada 2 Mac lalu, menjadi motivasi terbaik buat skuad kendalian Fandi Ahmad itu

Justeru, pemain pertahanan berpengalaman, Fadhli Shas bersama rakan sepasukan akan memastikan keputusan cemerlang berpihak kepada skuad Tok

Gajah.

"Sudah pasti kami mahu menang ke atas Sabah tetapi lawan berada pada prestasi terbaik ketika ini selain antara pasukan yang digeruni dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

"Oleh itu, kami perlu lebih berwaspada dan tidak boleh mengambil mudah untuk memastikan tiga mata menjadi milik Sri Pahang.

"Jika dilihat kepada prestasi semasa, bagi saya peluang adalah 50-50 tetapi tidak mustahil kerana kelebihan beraksi di halaman sendiri.

"Lebih-lebih lagi sokongan padu yang ditunjukkan peminat Tok Gajah yang akan membantu meningkatkan semangat kami," katanya.

Ditanya jentera pertahanan skuad itu selepas empat perlawanan, Fadhli berkata, masih ada yang perlu dipertingkatkan lagi untuk memastikan kubu pasukan lebih kental.

Katanya, persefahaman antara pemain juga semakin meningkat dan bertambah baik pada perlawanan seterusnya.

"Saya juga berharap segala peluang yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memastikan kemenangan buat pasukan," katanya.

Selepas tiga perlawanan, Sri pahang berada di kedudukan kelima dengan mengutip lima mata manakala Sabah pula di tempat kedua dengan sembilan mata.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mac 2023 @ 2:27 PM