Sri Pahang mempamerkan aksi cemerlang mereka apabila menewaskan Kelantan 4-1 di halaman sendiri. FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG
Sri Pahang mempamerkan aksi cemerlang mereka apabila menewaskan Kelantan 4-1 di halaman sendiri. FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG
Asrol Awang


Kuantan: Sri Pahang FC menghormati Selangor FC apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, petang esok.

Ketua jurulatih skuad Tok gajah, Fandi Ahmad, berkata ini kerana Gergasi Merah antara pasukan elit dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

"Selain Johor Darul Ta'zim (JDT), memang Selangor, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Terengganu FC (TFC) antara pasukan elit berbanding Sri Pahang adalah pasukan

"Namun, Sri Pahang akan melakukan yang terbaik untuk memberi tentangan kepada lawan dan kami menghormati pasukan-pasukan ini," kata bekas pemain kebangsaan Singapura itu.

Kelmarin, Sri Pahang mempamerkan aksi cemerlang mereka apabila menewaskan Kelantan 4-1 di halaman sendiri.

Namun, aksi lebih berbisa yang dipersembahkan Selangor yang membelasah Kuching City 5-0 di tempat lawan memerlukan anak buah Fandi lebih bersedia.

Lebih-lebih lagi, tentangan sengit terutama kelebihan Selangor beraksi di halaman sendiri. Dua gol hasil sentuhan pemain tengah import dari Jordan, Noor Al-Rawabdeh memerlukan kubu Tok Gajah perlu lebih kebal.

Ditanya kecederaan yang dialami beberapa pemain termasuk Nor Azam Azih dan Kevin Ingreso, Fandi percaya dua pemain tengah itu sempat pulih dan cergas apabila berdepan Gergasi Merah, esok.

Pada masa sama, katanya, sentuhan penyerang import dari Liberia, Kpah Sherman akan terus ditagih untuk merobek gawang lawan.

"Kemenangan ke atas Kelantan diharap memberi suntikan dan keyakinan untuk beraksi dengan lebih baik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mac 2023 @ 2:36 PM