PEMAIN Chelsea kecewa selepas tumpas keapda Spurs. FOTO AFP
PEMAIN Chelsea kecewa selepas tumpas keapda Spurs. FOTO AFP
Reuters

London: Jurulatih Chelsea, Graham Potter memahami mengapa peminat bertanya berapa lama beliau akan kekal dengan jawatan berkenaan selepas kekalahan terbaru kepada Tottenham Hotspur.

Bagaimanapun, beliau berkata nasib setiap pengurus kelab ternama lain berbeza sambil menunjukkan bahawa betapa cepatnya keadaan itu boleh berubah.

Bercakap selepas kekalahan 0-2 di laman sendiri kepada seteru setempat, Spurs, di mana ia adalah kekalahan kali ke-13 daripada 15 perlawanan dalam semua kejohanan, Potter berkata, beliau kecewa dengan keputusan terbaru itu

"Sentiasa ada persoalan mengenai perkara itu," katanya ketika ditanya mengenai kesabaran pemilik Chelsea dari Amerika Syarikat yang setakat ini menunjukkan lebih banyak tenang berbanding bekas pemilik Blues, Roman Abramovich biasanya akan memecat jurulatih selepas beberapa keputusan buruk.

Beliau memberi contoh bagaimana jurulatih, Arsenal, Mikel Arteta mengendalikan pasukannya ke puncak liga musim ini selepas berdepan kritikan hebat daripada penyokong beberapa tahun kebelakangan ini.

Potter juga memberi contoh pengendali Liverpool, Juergen Klopp yang mengalami penurunan selepas memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

"Itulah sifat bola sepak dan jelas saya tidak melakukan secukupnya untuk kelab ini yang mempunyai kepercayaan terlalu tinggi," kata bekas jurulatih Brighton & Hove Albion itu - yang tiba di Stamford Bridge September lalu.

"Saya cuba fokus untuk terus membantu pasukan menyokong pemain kerana saya sangat menyukai pemain ini, mereka pemain yang bagus, mereka mahu melakukan yang lebih baik," tambahnya.

"Tetapi pada masa ini kami menderita dan itu tanggungjawab saya."

Potter juga berdepan soalan daripada wartawan tentang ketidakupayaan pasukannya untuk menjaringkan gol, selepas menemui jaringan hanya sekali dalam lima perlawanan liga terakhir mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Februari 2023 @ 2:39 PM