ARTETA tersilap memanggil Everton dengan nama Burnley. FOTO AFP
ARTETA tersilap memanggil Everton dengan nama Burnley. FOTO AFP
Reuters

Liverpool: Mungkin ia adalah kekalahan pertama yang mengejutkan di Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak September atau Sean Dyche berada dalam kedudukan berlawanan berbanding Mikel Arteta.

Bagaimanapun, Arteta kelihatan sedikit keliru selepas pasukannya tumpas 0-1 kepada Everton semalam.

Ketika bercakap dengan stesen radio talkSPORT selepas perlawanan Arteta tersasul ketika menganalisa kekalahan pasukannya.

"Pujian kepada Burnley, mereka beraksi dengan permainan yang sangat bagus dan mereka menggembirakan penyokong. Mereka berhak diucapkan tahniah," kata Arteta.

Everton berjaya mempamerkan prestasi yang sering digunakan oleh Dyche untuk memberi inspirasi kepada pemain ketika berada dalam tempoh lama membimbing Burnley, yang berada di liga utama itu selama enam musim dan berjaya mara ke saingan Eropah.

Bagaimanapun, ia masih lagi kekalahan yang mengecewakan buat Arsenal yang sekarang ini hanya mendahului liga dengan kelebihan lima mata.

Pasukan tangga kedua, Manchester City mampu merapatkan lagi jurang kepada dua mata jika menang ke atas Tottenham Hotspur awal pagi esok dan selepas itu menentang Arsenal di tempat lawan, di mana kedudukan teratas mampu berubah.

Arteta mengetepikan sebarang tekanan yang menjadi faktor kekalahan di Everton.

"Saya rasa tidak (bukan tertekan), kami sudah beraksi banyak perlawanan musim ini.

"Anda sepatutnya melakukan perkara asas terutama dari segi bertahan.

"Anda harus beraksi dengan baik bagi mengawal keadaan dan bermain cara betul.

"Untuk beberapa saat kami melakukannya, dan selebihnya kami tidak melakukannya dengan cukup baik bagi mendapatkan lebih banyak daripada permainan itu," kata Arteta.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2023 @ 9:19 AM