KLOPP memohon maaf selepas pasukannya tewas 0-3 di Brighton, Ahad lalu. FOTO Reuters
KLOPP memohon maaf selepas pasukannya tewas 0-3 di Brighton, Ahad lalu. FOTO Reuters
AFP

Liverpool: Minggu ini, Jurgen Klopp mengakui masa untuk perubahan di Anfield sudah tiba, tetapi dia tidak akan meninggalkan pasukan dan cuba mengubah kemerosotan prestasi yang membelenggu mereka.

Pasukan itu hampir mencipta sejarah merangkul empat trofi musim lalu, tetapi kini bergelut untuk menyelamatkan kempen mereka.

Liverpool akan melayan Chelsea di Anfield, esok, dengan kedua-dua kelab berada di pertengahan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan ketinggalan 10 mata dari kelompok empat teratas.

Pada ketika Chelsea berada di peringkat permulaan era baru dan pemilik baru bebas berbelanja manakala pengurus, Graham Potter masih mencari sentuhan terbaiknya di Stamford Bridge, Klopp berdepan persoalan sama ada lingkaran kejayaannya sudah berakhir.

Liverpool tidak dilihat berbelanja besar musim ini. Malah, Kloop menyifatkan kekalahan 0-3 di Brighton hujung minggu lalu sebagai persembahan terburuk pasukan sepanjang dikendalikannya.

Kemasukan pemain muda memastika kemenangan 1-0 di Wolves pada aksi ulangan pusingan ketiga Piala FA, pertengahan minggu ini dan Klopp kini perlu memutuskan sama ada muka baaru seperti Stefan Bajcetic, Harvey Elliott dan Fabio Carvalho lebih baik untuk menyerang berbanding gandingan veteran seperti Jordan Henderson, Thiago Alcantara dan Fabinho.

Klopp menolak dakwaan dia terlalu setia kepada pemain bintang yang sedang mengalami penurunan prestasi selepas cemerlang dalam era gemilangnya di Anfield.

Tetapi, dia perlu melihat dengan teliti jumlah pelaburan besar diberikan kepada Potter untuk membina pasukan di bawah pemilikan baru Chelsea.

Mykhailo Mudryk dijangka membuat penampilan sulung untuk Chelsea di Anfield selepas berhijrah dari Shakhtar Donetsk dengan harga 100 juta euro (RM465 juta).

Perjanjian itu bermakna perbelanjaan perpindahan Chelsea pada musim pertama di bawah konsortium Todd Boehly berjumlah lebih £400 juta (RM1.2 bilion).

Sebaliknya Liverpool masih gagal mendapatkan pemain baharu untuk mengukuhkan jentera tengah yang semakin berusia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2023 @ 10:56 AM