GARY Neville. FOTO Agensi
GARY Neville. FOTO Agensi
Agensi

London: Gary Neville mendakwa Arsenal tidak akan memenangi Liga Perdana musim ini walaupun sudah mendahului lapan mata.

The Gunners melebarkan kelebihan mereka di tangga teratas liga dengan menewaskan seteru utama, Tottenham 2-0, awal pagi tadi.

Kemenangan mereka, ditambah pula dengan kekalahan Manchester City di Man United, meletakkan Arsenal di kedudukan yang baik untuk memenangi gelaran liga pertama sejak 2004.

Bagaimanapun Neville menganggap Red Devils, yang kini ketinggalan sembilan mata di belakang, akan mengejar Arsenal.

"Mereka tidak akan memenangi liga. Manchester City akan memenangi liga, dan saya fikir Man United akan menduduki tempat kedua. Saya tahu itu akan mencetuskan kemarahan penyokong Arsenal.

"Saya lebih suka Arsenal memenangi liga daripada Man City. Saya fikir ia akan menjadi sangat menarik untuk Liga Perdana.

"Mengikuti perkembangan Liga Perdana, kita sudah saksikan City, selain Liverpool, menyapu bersih kejuaraan liga sejak lima tahun lalu.

"Jika Arsenal dapat memenanginya, ia menambah keterujaan kepada liga dan menjadikan liga kita hebat.

"Saya gemar melihat Man United menang tetapi saya tidak fikir ia akan berlaku musim ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2023 @ 8:41 PM