CRISTIANO Ronaldo. -FOTO AFP
CRISTIANO Ronaldo. -FOTO AFP
Agensi

London: Cristiano Ronaldo tidak berminat untuk berpindah ke Chelsea dan lebih sukan berpindah ke luar negara jika boleh meninggalkan Manchester United.

Pemain berusia 37 tahun itu sebelum ini memaklumkan kepada United bahawa dia ingin meninggalkan kelab itu jika tawaran yang sesuai diberikan dengan Ronaldo berminat untuk bermain di Liga Juara-Juara di penghujung kariernya itu.

Kapten Portugal itu masih mempunyai rasa hormat kepada United dan berhenti menyerahkan urusan perpindahan sebaliknya lebih suka menggesa kelab itu untuk mempertimbangkan tawaran untuknya.

Salah satu pihak yang paling berminat untuk mendapatkan khidmatnya adalah Chelsea dengan pemilik bersama Todd Boehly mengadakan perbincangan dengan Jorge Mendes mengenai Ronaldo minggu ini.

Boehly adalah peminat bintang Portugal itu tetapi dia perlu meyakinkan Thomas Tuchel untuk membawa Ronaldo ke Stamford Bridge.

Boehly cuba mendapatkan nama besar untuk meraikan kehadirannya sebagai pemilik baharu selepas mengambil alih kelab itu pada harga 4.25 bilion pound (RM22.7 bilion).

Biarpun United sudah menyatakan bahawa penyerang itu bukan untuk di jual, Erik ten Hag dikatakan terbuka untuk membiarkan dia pergi jika dia dapat mencari penggantinya.

Ronaldo kelihatan tidak sesuai dengan corak bola sepak yang diinginkan Ten Hag namun Ajax menuntut sekitar £70 juta (RM374.49 juta) untuk pemain sayap Brazil Antony yang boleh menjadi penggantinya.

Sementara itu Usaha Chelsea mendapatkan Ronaldo masih menanti lampu hijau daripada pengendalinya, Tuchel.

Tuchel dan Boehly akan berbincang sama ada mereka patut melabur untuk Ronaldo atau mencari pemain lain bagi memperkuat skuad.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Julai 2022 @ 11:26 AM