KLINSMANN (kiri) akui Brazil silap susun pemain ambil sepakan penalti. FOTO EPA
KLINSMANN (kiri) akui Brazil silap susun pemain ambil sepakan penalti. FOTO EPA
Reuters

Al Rayyan: Kekalahan Brazil pada suku akhir menerusi sepakan penalti satu kejutan besar selepas pasukan pilihan itu disingkirkan oleh Croatia.

Bagaimanapun, pasukan Amerika Selatan itu tewas kerana pengambil sepakan terbaik mereka tidak melangkah terlebih dahulu untuk menggalas tugas kata Juergen Klinsmann.

Croatia, naib juara 2018, menumpaskan Brazil 4-2 menerusi penentuan penalti selepas Marquinhos dan Rodrygo gagal melaksanakan tugasan mereka.

Penjaring terbanyak Brazil, Neymar, yang menjadi mengambil sepakan kelima tidak sempat untuk melakukannya selepas rakan sepasukannya itu gagal menyempurnakan tugasan masing-masing.

"Kami terkejut, ia adalah drama sebenar. Kami cuba membincangkan perbezaan antara drama dari permainan Brazil berbanding permainan Argentina menentang Belanda dan kami menghasilkan beberapa idea," kata Klinsmann pada taklimat Kumpulan Kajian Teknikal.

"Selepas melepaskan gol penyamaan pada minit ke-117, Brazil tiada masa untuk menukar gear. Daripada kekecewaan melepaskan gol minit akhir hingga ke penentuan sepakan penalti, tiada masa untuk berpuas hati dan menghampiri sepakan penalti secara positif.

"Bagi Brazil, mereka sepatutnya meletakkan pengambil sepakan terbaik mereka dahulu, menetapkan rentak dengan penentu mengambil penalti terbaik yang ada dan kemudian barulah semakin menurun mengikut ranking."

Ia tidak berlaku kepada musuh tradisi Amerika Selatan mereka, Argentina, yang bangkit daripada kejutan apabila melepaskan gol penyamaan pada masa sebenar kepada Belanda sebelum menang 4-3 dalam penentuan sepakan penalti.

Lionel Messi adalah orang pertama yang melangkah untuk mengambil sepakan buat Argentina dan menyempurnakan dengan penuh yakin, serta-merta memberi tekanan kepada Belanda ketika Emiliano Martinez menyelamatkan dua penalti pertama Belanda daripada Virgil van Dijk dan Steven Berghuis.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2022 @ 9:51 PM