ARGENTINA pilihan utama memenangi Piala Dunia Qatar. FOTO EPA
ARGENTINA pilihan utama memenangi Piala Dunia Qatar. FOTO EPA
Agensi

London: Superkomputer meramalkan Cristiano Ronaldo dan Portugal akan mengakhiri kempen Piala Dunia Qatar dengan kesedihan.

Eksperimen yang dijalankan oleh BCA Research mendapati Argentina akan menjulang Piala Dunia di Qatar.

Ini bermakna Ronaldo dan Portugal akan tewas dalam perlawanan akhir Piala Dunia kepada Argentina yang diperkuatkan oleh Lionel Messi.

Portugal tidak pernah mara ke final Piala Dunia tetapi statistik permainan video EA Sports FIFA dan semua perlawanan sebenar dari empat edisi terakhir Piala Dunia menjangkakan pasukan bimbingan Fernando Santos akan mara ke final.

England pula diramalkan akan mengulangi prestasi mereka dalam Piala Dunia sebelum ini dengan sekali lagi mara ke separuh akhir.

Bagaimanapun mereka akan tewas kepada Portugal menerusi penentuan sepakan penalti di separuh akhir.

Kedua-dua pasukan mempunyai sejarah tersendiri dengan pasukan kendalian Sven Goran Eriksson pada 2006 tewas kepada Portugal menerusi penentuan sepakan penalti pada peringkat suku akhir.

The Three Lions dijangka memenangi Kumpulan B mengatasi Iran, Wales dan Amerika Syarikat.

Skuad bimbingan Gareth Southgate diramal mempunyai peluang 84 peratus untuk memenangi perlawanan pembukaan menentang Iran.

Perlawanan menentang Amerika Syarikat adalah lebih sengit dengan England mempunyai peluang 54 peratus untuk menang serta 77 peratus peluang untuk menewaskan Wales.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2022 @ 9:08 PM