REAKSI Heung Min selepas menjaringkan gol. FOTO AFP
REAKSI Heung Min selepas menjaringkan gol. FOTO AFP
Reuters

London: Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte mendapat apa yang diinginkan apabila Son Heung Min berjaya memberi impak selepas masuk sebagai pemain gantian dengan meledak hatrik ketika menang 6-2 ke atas Leicester City pagi tadi.

Selepas mengharungi lapan perlawanan dalam semua pertandingan tanpa jaringan, Conte mengetepikan penyerang Korea Selatan itu daripada kesebelasan utama untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dia masuk kira-kira satu jam aksi berlangsung untuk menggantikan Richarlison ddengan menjaringkan tiga gol dalam masa 14 minit ketika Tottenham berkongsi tangga teratas.

Heung Min adalah penjaring terbanyak bersama EPL musim lalu dengan 23 gol tetapi kurang ketajaman seperti biasa musim ini dan Conte tetap dengan keputusannya untuk meletakkan pemain itu di bangku simpanan.

"Saya sangat gembira untuk Sonny hari ini, anda tahu apa yang saya fikirkan tentang pemain itu,"

"Saya berkata kepadanya jika anda akan menjaringkan tiga gol dalam masa 30 minit mungkin kita boleh mengulangi percubaan ini, tetapi saya bergurau.

"Saya bernasib baik, saya mempunyai kumpulan pemain yang sangat baik yang juga individu yang sangat baik.

"Kami perlu mula berfikir dengan cara yang berbeza jika kami akan membuat langkah seterusnya.

"Saya adalah seorang pemain. Setiap pemain mahu bermain setiap perlawanan tetapi anda kehilangan tenaga fizikal dan mental.

"Kadang-kadang anda tidak memahami perkara ini dan fikir anda boleh bermain tetapi prestasi merosot. Penggiliran adalah baik untuk pasukan dan untuk kebajikan pemain. Jika anda memberikan tenaga dan anda bermain dengan cara dia bermain, semua orang gembira," kata Conte kepada Sky Sports.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2022 @ 11:03 AM