NEYMAR puji Kane. -FOTO AFP
NEYMAR puji Kane. -FOTO AFP
Agensi

Paris: Penyerang Paris Saint-Germain Neymar berkata kepada DAZN Kanada bahawa penyerang antarabangsa Tottenham Hotspur dan England Harry Kane adalah "bijak".

Bekas bintang Barcelona mengatakan mengenai Kane apabila diminta menggambarkan penyerang Tottenham dalam satu perkataan.

"Bijak," kata Neymar.

Neymar adalah salah seorang penyerang terbaik di dunia dan antara pemain terbaik yang pernah bermain untuk Barcelona.

Bintang PSG itu berkata, bahawa Kane yang juga penyerang utama England itu menunjukkan kualiti seorang penyerang yang bijak.

"Kami tahu apa yang Kane boleh dan tidak.

Pemain Inggeris itu bukanlah pemain bola sepak terpantas, tetapi dia seorang pemain yang sangat bijak yang tahu bila perlu memecut, bila perlu melakukan hantaran yang betul dan cara menjaringkan gol dari mana-mana sahaja.

Kane tidak bermain dalam Liga Juara-Juara Uefa secara tetap tetapi dia sudahpun menjadi legenda Liga Perdana.

Penyerang Spurs itu kini sudah menjaringkan 188 gol dan mencipta 70 peluang dalam 288 penampilannya dalam Liga Perdana setakat ini dalam kariernya.

Kane mempunyai peluang yang sangat baik untuk memecahkan rekod Alan Shearer dan menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Perdana sepanjang masa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2022 @ 9:20 AM