KANE tidak bimbang imej tercalar di Spurs - FOTO AFP
KANE tidak bimbang imej tercalar di Spurs - FOTO AFP
AFP

London: Penyerang Tottenham Harry Kane menegaskan 'hatinya sudah jelas' selepas perpindahannya ke Manchester City gagal.

Kane kembali pada sesi latihan pra-musim ketika dia berusaha meyakinkan ketua Tottenham Daniel Levy untuk membenarkan dia menyertai juara Liga Perdana itu.

Kapten England itu percaya wujud perjanjian perjanjian peribadi antaranya dengan Levy yang membolehkannya dijual sekiranya Tottenham gagal memenangi trofi atau terlepas peluang menempatkan diri dalam saingan Liga Juara-Juara musim lalu.

Kane bertambah kecewa bersama Tottenham apabila kelab itu gagal menamatkan kemarau 13 tahun tanpa trofi dan secara terbuka menyatakan keinginannya untuk meninggalkan kelab utara London itu sebelum Euro 2020.

Bagaimanapun City enggan memenuhi tuntutan Levy berjumlah £150 juta (RM857.63 juta) untuk Kane dan minggu lalu penyerang berusia 28 tahun itu memuat naik di Twitter bahawa dia akan terus kekal di Tottenham musim panas ini.

Ditanya adalah dia bimbang reputasinya tercalar, Kane memaklumkan: "Tidak. Saya rasa tidak sama sekali. Setiap orang yang terbabit dalam industri bola sepak tahu selok-beloknya dan saya tiada masalah dengan situasi itu.

"Itu antara saya dan kelab, ketika anda mengetahu kebenaran dan anda tahu apa yang terjadi dan hati anda jelas mengenainya.

"Saya mengalami pasang surut dan satu tahu ramai orang tahu bahawa saya adalah pemain profesional dan mendedikasikan hidup saya untuk permainan ini."

Tottenham membuat penampilan cemerlang musim ini biarpun berdepan dengan kontroversi membabitkan Kane dengan tiga kemenangan berturut-turut membawa pasukan Nuno Espirito Santo ke puncak Liga Perdana.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 September 2021 @ 8:23 AM