WAJAH Kane terpampang di papan markah stadium sebelum aksi Tottenham dan City bermula. FOTO AFP
WAJAH Kane terpampang di papan markah stadium sebelum aksi Tottenham dan City bermula. FOTO AFP
AFP

London: Harry Kane tidak disenaraikan dalam aksi pembukaan Tottenham untuk saingan musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester City sekali gus membuktikan masa depannya bersama kelab berkenaan semakin samar.

Ketua pasukan England itu berhasrat untuk meninggalkan kelab dari zaman remajanya, dengan City mengetuai pemburuan bagi mendapatkan penyerang Spurs itu.

Kane dilaporkan lewat untuk kembali menyambung latihan pramusim selepas membantu England mara ke final Euro 2020.

Pemain berusia 28 tahun itu hanya menjalani latihan buat kali pertama kelmarin dan dilabel tidak cukup cergas oleh pengurus baru Tottenham, Nuno Espirito Santo.

City berharap dapat menandatangani Kane sebagai pengganti kepada Sergio Aguero selepas penyerang Argentina itu menyertai Barcelona selepas berakhirnya musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Ogos 2021 @ 12:13 AM