SILVA bersikap terbuka dan menghormati City. FOTO EPA
SILVA bersikap terbuka dan menghormati City. FOTO EPA
AFP

Manchester: Bernardo Silva mendedahkan dia bersedia meninggalkan Manchester City selepas melihat masa depannya sangat cerah dan mampu menjadi pemain seterusnya, dipancing Barcelona.

Pemain tengah Portugal itu menjadi nadi penting dalam pasukan City yang memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh lima musim lalu.

Pengendali City, Pep Guardiola berkata, beliau tidak akan menghalang Silva sekiranya pemain itu ingin meninggalkan Manchester.

Bagaimanapun, penyandang juara EPL itu dilaporkan akan menuntut bayaran melebihi £80 juta (RM433 juta), di mana Barcelona akan bergelut untuk memenuhinya melainkan terdapat beberapa perpindahan penting dari Camp Nou.

"Hubungan saya dengan kelab sangat jujur. Saya bersikap terbuka dengan mereka dan mereka tahu apa yang saya mahukan.

"Jika saya kekal, saya sangat gembira, dan saya akan sentiasa menghormati kelab ini dan memberikan yang terbaik. Jika tidak, ia adalah bola sepak dan kita lihat sahaja apa yang berlaku.

"City adalah kelab besar dan mereka tidak mahu pemain yang tidak gembira di kelab ini. Mereka selalu berkata kepada kami semua bahawa jika anda tidak gembira, anda boleh pergi.

"Sudah tentu, perkara ini membabitkan perniagaan dan mereka mahukan jumlah wang yang sesuai untuk melepaskan kami, tetapi secara peribadi ia adalah hubungan dengan kelab yang sangat menghormati," kata Silva.

Barcelona membelanjakan kira-kira €150 juta (RM685 juta) untuk mendapatkan Robert Lewandowski, Raphinha dan Jules Kounde, serta membawa masuk Andreas Christensen dan Franck Kessie secara percuma.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2022 @ 11:07 AM