DE JONG tetap pendirian untuk terus kekal bersama Barcelona. -FOTO Agensi
DE JONG tetap pendirian untuk terus kekal bersama Barcelona. -FOTO Agensi
Agensi

London: Manchester United mungkin perlu menukar semula perancangan pembelian pemain mereka selepas Frenkie De Jong mengatakan bahawa dia tidak akan menyertai kelab itu.

Pemain Belanda itu menjadi sasaran nombor satu Erik ten Hag sepanjang musim panas ini tetapi Red Devils tidak dapat mencapai kesepakatan yang sebahagian besarnya berpunca daripada keengganan pemain itu meninggalkan Barcelona untuk beraksi di Liga Perdana.

Membuat penambahan di bahagian tengah antara keutamaan pengendali itu di Old Trafford.

Paul Pogba dan Nemanja Matic kedua-dua sudahpun meninggalkan Ten Hag dan beliau perlu mencari muka baru untuk di tempatkan di kawasan itu.

United bagaimanapun sudah mempunyai senarai pilihan dengan dijangka akan memburu Youri Tielemans dan Ruben Neves.

Tielemans mempamerkan aksi mengagumkan sepanjang tempohnya di Leicester City sebelum ini menjaringkan gol ketika menentang United tetapi kontraknya akan tamat pada musim panas depan.

Tielemans sudah membuktikan dirinya sebagai pemain yang mampu untuk berada dalam Liga Perdana dan mempunyai pengalaman di Eropah.

Sementara itu Neves sudah lama dikaitkan untuk keluar dari Wolves dan Red Devils antara pasukan yang menunjukkan minat mendapatkan pemain itu.

Pemain tengah Portugal menjadi bintang sejak berpindah ke Molineux ketika kelab itu terpaksa beraksi di Liga Kejuaraan dan memang membayangkan untuk meninggalkan kelab itu musim panas ini.

Dia berkata: "Satu-satunya perkara yang boleh saya beritahu anda pada masa ini ialah semua orang tahu apa itu bola sepak, tentang kehidupan kita.

"Kerjaya kami sangat singkat dan kami perlu mengambil peluang yang ada.

"Kita semua mempunyai impian dan kita perlu menghidupkan impian itu dalam ruang masa yang kecil. Mari lihat apa yang berlaku, saya tidak boleh mengatakan terlalu banyak mengenainya."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Julai 2022 @ 11:46 AM