SIDANG menjelang perlawanan persahabatan Liverpool menentang United di Bangkok. -FOTO Agensi
SIDANG menjelang perlawanan persahabatan Liverpool menentang United di Bangkok. -FOTO Agensi
Agensi

Bangkok: Jurgen Klopp tanpa berselindung cuba menyindir musuh ketat Liverpool, Manchester United menjelang perlawanan persahabatan membabitkan dua pasukan berkenaan di Bangkok.

The Reds tiba di Thailand untuk siri pertama jelajah pramusim mereka di Asia disambut sekitar 1,000 peminat ketika mendarat di Bangkok semalam - sehari selepas skuad Erik ten Hag tiba di ibu kota Thailand itu.

Jelas kurang penyokong di lapangan terbang Suvarnabhumi menyambut kehadiran United - walaupun ratusan daripada mereka berada di sana.

Mereka bersedia untuk menentang musuh utama, United dalam perlawanan persahabatan pramusim sebelum bertemu pasukan Liga Perdana Inggeris, Crystal Palace di Singapura.

Soalan pertama yang diajukan kepada Klopp dengan sinis dijawab "Adakah ia kelihatan seperti semalam Manchester United berada di sini?

Usikan Klopp itu mungkin akan mencetuskan permusuhan antara kedua-dua pasukan ketika mereka bertembung dalam perlawanan yang tidak kompetitif.

Namun pengendali dari Jerman itu percaya, ia akan berlaku memandang sejarah antara kedua-dua kelab.

"Biasanya perlawanan bola sepak adalah perkara paling penting bagi kami, Tapi dalam sesetengah hal ia lebih kepada rakyat.

"Kami mempunyai 37 pemain - semua generasi di sini dan kami perlu menggunakan kesemuanya.

"Mereka tidak boleh bermain terlalu lama tapi kami akan cuba untuk memberi mereka beberapa minit juga."

"Manchester United dengan pengurus baru. Berlatih lebih lama daripada kami. Tidak pasti tapi mungkin dalam situasi yang lebih baik pada masa ini.

"Kami melihatnya sebagai ujian penting kerana menentang United dan kami tidak bermain perlawanan persahabatan."

Kedua-dua pencabar Liga Perdana itu bertemu dalam aksi persahabatan di negara berkenaan dengan 52,000 tiket sudah terjual bagi perlawanan di Stadium Nasional Rajamangala itu.

Dan Klopp menjangka ia akan menjadi pertarungan sengit dengan hanya maruah pasukan dipertaruhkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Julai 2022 @ 10:38 AM