RONALDO bukan saja dikaitkan dengan Bayern malah terbaru bersama kelab London, Chelsea. FOTO Agensi
RONALDO bukan saja dikaitkan dengan Bayern malah terbaru bersama kelab London, Chelsea. FOTO Agensi
Agensi

Manchester: Manchester United yang berang menghantar peringatan tegas kepada Cristiano Ronaldo selepas bintang Portugal itu mengadakan perbincangan perpindahan dengan Chelsea

Laporan semalam mengatakan ejen Ronaldo, Jorge Mendes, bertemu dengan pemilik baharu Chelsea Todd Boehly, yang, berminat untuk membawa pemain itu ke Stamford Bridge.

Manchester memberitahu Ronaldo bahawa dia bukanlah pemain yang berada dalam senarai untuk dijual.

Awal minggu ini terdapat dakwaan di Portugal bahawa Mendes menawarkan pemain berusia 37 tahun itu kepada Bayern Munich kerana Ronaldo kecewa selepas kelab itu tidak aktif dalam jendela perpindahan pemain sejak melantik Erik ten Hag sebagai pengurus.

Tetapi sumber peringkat tinggi di Old Trafford menjelaskan bahawa Ronaldo tidak akan ke mana-mana dan Ten Hag memasukkannya dalam rancangan untuk musim depan.

"Cristiano bukan untuk dijual. Kami mahu dan menjangkakan sepenuhnya, dia akan bersama kami musim depan," kata sumber berkenaan.

United berbelanja besar untuk membawa Ronaldo kembali ke kelab berkenaan pertengahan tahun lalu dengan menyerahkan kontrak dua tahun bernilai £500,000 (RM2.6 juta) seminggu.

Kepulangannya sepatutnya menjadikan United sebagai juara - dan dia memberikan sebahagian daripada tawarannya dengan menjadi penjaring terbanyak iaitu 24 gol.

Tetapi United menduduki tempat keenam, 35 mata di belakang juara Manchester City, selepas kempen yang menyaksikan Ole Gunnar Solskjaer dipecat dan Ralf Rangnick gagal mengubah nasib pasukan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2022 @ 10:22 AM