DE Ligt dikatakan berminat berhijrah ke Chelsea. -FOTO Agensi
DE Ligt dikatakan berminat berhijrah ke Chelsea. -FOTO Agensi
Agensi

London: Chelsea memaklumkan proses rundingan menandatangani Matthijs de Ligt dari Juventus berjalan lancar dalam usaha mereka untuk mengikat pemain pertahanan itu.

The Blues akan menandatangani sekurang-kurangnya dua pemain pertahanan musim panas ini berikutan pemergian Andreas Christensen dan Antonio Rudiger dan kini sedang dalam perbincangan untuk mengikat de Ligt dan pertahanan Manchester City, Nathan Ake.

Juventus sebelum ini menolak tawaran Chelsea bernilai £34.4 juta (RM184.11 juta).

Pemain Belanda itu berminat untuk berpindah ke Stamford Bridge dengan Juventus mahu klausa £102 juta (RM546.02 juta) dipenuhi.

The Telegraph bagaimanapun mendakwa kehendak pemain itu memaksa penilaian itu diturunkan.

Sementara itu Juventus menjelaskan bahawa mereka tidak berminat dengan pemain yang tidak memberikan 100 peratus komitmen mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Maurizio Arrivabene berkata: "Adalah mustahil untuk mengekalkan pemain yang mahu meninggalkan kelab tapi tiga-tiga pihak dalam rundingan itu perlu berpuas hati."

Perbincangan untuk de Ligt berjalan lancar dengan The Blues juga berharap dapat menandatangani bekas pemain muda mereka Ake dan rakan sepasukannya di City, Raheem Sterling.

Chelsea optimis untuk menandatangani pemain antarabangsa England itu yang hanya mempunyai baki kontrak satu tahun dalam perjanjiannya di Etihad dan juga bersetuju dengan bayaran kepada Leeds United untuk khidmat Raphinha.

Barcelona bagaimanapun berharap dapat merampas pemain antarabangsa Brazil itu dengan laporan terkini mendakwa pasukan Sepanyol itu kini mempunyai dana yang yang mencukupi untuk menyamai tawaran yang diberikan oleh Chelsea.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Julai 2022 @ 8:55 AM