MUELLER (kiri) harap Jerman lebih konsisten. FOTO AFP
MUELLER (kiri) harap Jerman lebih konsisten. FOTO AFP
AFP

Berlin: Thomas Mueller berkata, Jerman harus lebih konsisten dan mencatat kemenangan ke atas pasukan terbaik jika mereka mahu menjadi antara negara pilihan di Piala Dunia nanti.

Sepakan penalti Harry Kane dua minit sebelum tamat di Arena Allianz Munich, menyaksikan England dapat mengikat Jerman dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA pagi tadi.

Jerman mendominasi dalam tempoh yang laman dan mendahului melalui Jonas Hofmann sehinggalah Nico Schlotterbeck melepaskan sepakan penalti yang diambil Kane.

Jerman setakat ini belum kalah dalam 11 perlawanan di bawah kendalian Hansi Flick namun hanya mampu seri dengan England, Itali dan Belanda dalam tiga perlawanan terakhir mereka.

"Ia adalah satu pengalaman pahit bahawa kami sekali lagi tidak mendapatkan tiga mata. Tahap prestasi adalah tinggi, tetapi konsistensi dan keputusan adalah sebahagian daripada menjadi pasukan teratas.

"Sekarang kami perlu mengesahkannya dan bukan terus membayangkannya," kata Mueller.

Pemain berusia 32 tahun itu mempunyai beberapa peluang di depan pintu gol England dalam penampilan kali ke-114 bersama Jerman dan menunjukkan sedikit peningkatan berbanding seri 1-1 dengan Itali di Bologna Ahad lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2022 @ 7:48 PM