ARTETA sedia julang Arsenal. FOTO Reuters
ARTETA sedia julang Arsenal. FOTO Reuters
AFP

London: Mikel Arteta berkata beliau mahu membawa Arsenal ke 'ke tahap seterusnya" selepas menandatangani kontrak baharu yang akan mengekalkannya di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sehingga 2025.

Pengendali berusia 40 tahun itu, yang mengambil alih tugas di Emirates pada Disember 2019 berikutan pemecatan Unai Emery, hampir membawa The Gunners kembali ke Liga Juara-Juara selepas lima tahun tidak beraksi.

Arsenal berada di tempat keempat EPL, dua mata di hadapan pesaing London utara, Tottenham dengan hanya berbaki empat perlawanan.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu berkata beliau 'sangat gembira' selepas menandatangani kontrak baharunya di kelab yang pernah dipimpinnya sebagai ketua pasukan ketika menjadi pemain.

"Kami mahu membawa kelab ini ke tahap yang lain dan bersaing sengit bersama pasukan handalan lain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2022 @ 8:39 PM