SERGIO Ramos (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika bertemu Angers SCO. FOTO AFP
SERGIO Ramos (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika bertemu Angers SCO. FOTO AFP
AFP

Paris: Kylian Mbappe dan Paris Saint-Germain (PSG) menghampiri untuk merangkul kejuaraan Ligue 1 pada minggu ini apabila mereka hanya memerlukan satu mata ketika menanti kunjungan Lens, Ahad ini.

Bagaimanapun pasukan di belakang mereka bersaing sengit untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara.

Kempen PSG musim ini paling diingati adalah apabila tersingkir di pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Real Madrid.

Namun, pasukan kendalian Mauricio Pochettino konsisten dalam memburu kejuaraan domestik.

Mempunyai kelebihan sembilan mata sejak hujung September lalu, kelab dimiliki jutawan Qatar itu kini melebarkan kelebihan kepada 15 mata berbanding Marseille yang menduduki tempat kedua ketika berbaki lima perlawanan lagi.

PSG boleh mengesahkan kejuaraan liga untuk kali ke-10 selepas menundukkan Angers 3-0 di tempat lawan.

Bagaimanapun Marseille berjaya menewaskan Nantes 3-2 dan ia menyebabkan PSG terpaksa menangguhkan sambutan meraikan kejuaraan liga.

"Ia pastinya menggembirakan saya yang terbabit secara langsung dalam memenangi kejuaraan liga kali ke-10," kata Pochettino.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2022 @ 10:01 PM