Penyerang Perancis, Kylian Mbappe (kanan) memerhatikan aksi pasukannya. FOTO AFP
Penyerang Perancis, Kylian Mbappe (kanan) memerhatikan aksi pasukannya. FOTO AFP
Reuters

Paris: Kylian Mbappe akan menyertai skuad kebangsaan Perancis untuk aksi persahabatan menentang Afrika Selatan pada awal pagi Rabu selepas pulih daripada jangkitan telinga menurut jurulatihnya, Didier Deschamps.

Penyerang berkenaan terlepas perlawanan ketika juara dunia itu mencatat kemenangan 2-1 ke atas Ivory Coast di Marseille apabila Olivier Giroud meledak gol antarabangsa ke-47 sekali gus meletakkan penyerang AC Milan itu hanya empat jaringan untuk menyamai rekod Thierry Henry dalam jaringan sepanjang zaman Perancis.

"Kylian berada dalam keadaan baik, dia akan berada di (perlawanan) itu nanti," kata Deschamps kepada stesen televisyen Perancis, TF1.

Bekas pemain skuad kebangsaan Perancis itu tidak menyatakan secara jelas sama ada Mbappe akan memulakan perlawanan.

Ketika ketiadaannya Giroud, Antoine Griezmann dan Christopher Nkunku membentuk jentera serangan Perancis menentang Ivory Coast.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2022 @ 10:31 PM