HAVERTZ (kiri) menjaringkan gol pertama Jerman. -FOTO AFP
HAVERTZ (kiri) menjaringkan gol pertama Jerman. -FOTO AFP
AFP

Berlin: Gandingan Chelsea, Kai Havertz dan Timo Werner menjaringkan gol ketika Jerman mengatasi Israel 2-0 pada perlawanan persahabatan di Sinsheim.

Selepas pasangan Liga Perdana itu menjaringkan gol pada separuh masa pertama, kapten Jerman, Thomas Mueller dan pemain Israel Yonatan Cohen dihadiahkan sepakan penalti namun gagal menyempurnakannya.

"Secara keseluruhannya, ia adalah persembahan yang baik untuk kami pada perlawanan pertama tahun baru ini," kata Werner.

Bek tengah Jerman, Nico Schlotterbeck berkata barisan pemain dapat bertahan dengan baik namun 'pada suku jam terakhir, kami memberi terlalu banyak bola.

Ketua jurulatih, Hansi Flick kini memenangi lapan perlawanan antarabangsa pertamanya untuk melebarkan rekod permulaannya.

"Saya berpuas hati, kami bermain dengan sangat berani dan memberikan mereka tekanan," kata Flick.

"Saya rasa ia satu yang bagus bagaimana pasukan memperoleh ganjaran mereka sendiri. Kami kini menjaringkan enam gol daripada set pieces dalam lapan perlawanan."

Dengan bintang muda Bayern Munich berusia 19 tahun, Jamal Musiala di bahagian serangan tengah, pasukan Jerman berdepan sedikit masalah biarpun mendahului 2-0.

Tiga hari sebelum Jerman beraksi menentang Belanda pada perlawanan persahabatan seterusnya di Amsterdam, tuan rumah mendominasi pada separuh masa pertama namun lebih banyak bertahan selepas babak kedua.

Kedua-dua gol terhasil dari bola mati. Havertz menebus kesalahan selepas mensia-siakan peluang awal dengan akhirnya memecah kebuntuan menerusi tandukan dari sudut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2022 @ 8:47 AM