SERGE Gnabry ledakan dua gol. FOTO AFP
SERGE Gnabry ledakan dua gol. FOTO AFP
AFP

Stuttgart, Jerman: Serge Gnabry meledakkan dua gol ketika Jerman membelasah Armenia 6-0 di Stuttgart untuk membolehkan mereka kini menguasai kumpulan dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Gnabry mendapatkan tepukan gemuruh apabila meledakkan gol awal sebelum Marco Reus dan Timo Werner turut menjaringkan gol pada babak pertama untuk membolehkan Jerman mendahului 4-0 pada separuh masa pertama.

Jonas Hofmann meledakkan gol kelima dan kemudiannya membantu Karim Adeyemi pemain yang berusia 19 tahun untuk gol seterusnya pada penampilan pertama bersama Jerman.

Kali terakhir Jerman tewas adalah lebih setahun lalu dan kini mempunyai kelebihan dua mata dalam Kumpulan J.

"Kami menguasai lebih awal dengan perlawanan berada dalam penguasaan kami.

"Kami beraksi dengan baik di hadapan gol dan dapat menjaring lebih banyak lagi.

"Kami akan membawa kejayaan ini bersama kami ke Iceland untuk cuba meraih mata di sana," katanya yang bersedia untuk berdepan aksi kelayakan seterusnya di Reykjavik.

Dalam perlawanan keduanya bersama pasukan, ketua jurulatih Jerman, Hansi Flick membuat enam perubahan daripada pemain yang memulakan perlawanan ketika menang 2-0 mengatasi pasukan kerdil, Liechtenstein Khamis lalu namun kali ini ia adalah persembahan dengan tahap berbeza.

Jerman menyempurnakan setiap peluang terhidang dicipta mereka dan memberikan tekanan berterusan buat pelawat

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 September 2021 @ 10:20 AM