Reaksi pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte ketika memberi arahan kepada pemainnya. FOTO AFP
Reaksi pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte ketika memberi arahan kepada pemainnya. FOTO AFP
AFP

London: Pengendali Tottenham, Antonio Conte memuji semangat tidak putus asa pemainnya tetapi berkata kelab itu masih perlu diperkuatkan di sebalik aksi baik tatkala mereka melakukan persediaan berdepan bekas kelabnya, Chelsea, esok.

Spurs mempamerkan aksi memukau berdepan Leicester pada pertengahan minggu lalu, untuk bangkit dari ketinggalan 1-2 sebelum menang 3-2 menerusi dua jaringan pemain gantian Steven Bergwijn.

Sebelum itu, satu lagi aksi menentang Watford apabila jaringan pada minit ke-96 oleh Davinson Sanchez memastikan kemenangan buat mereka.

Spurs ketinggalan satu masa berbanding pasukan di tempat keempat West Ham dengan kelebihan tiga perlawanan dalam tangan dan mereka mempunyai kelebihan empat perlawanan berbanding pasukan pilihan, Chelsea yang lapan mata berada di depan mereka.

Tetapi Conte berkata pada sidang media pra perlawanan semalam bahawa dia tidak akan terbawa-bawa dengan kemenangan dramatik pada aksi terdahulu.

"Kami harus tenang dan tumpu perlawanan demi perlawanan," katanya.

"Jangan lupa kami menang berdepan Watford menerusi jaringan di minit akhir, kami menang menentang Leicester juga ditentukan pada minit akhir perlawanan. Jadi saya harus realistik dan sudah pasti saya sangat gembira dengan keputusan itu.

"Sangat berbesar hati melihat pasukan saya bertarung hingga penghujung perlawanan.

"Adalah amat penting untuk lebih realistik dan faham ia akan menjadi sangat sukar buat kami pada musim ini. Penting untuk berjuang dan menghasilkan dana yang baik.

"Malah saya tidak menggubah pandangan saya kerana beberapa keputusan positif."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 January 2022 @ 8:32 AM