POCHETTINO (tiga dari kanan) mahu anak buah bangkit buru kemenangan. FOTO/AFP
POCHETTINO (tiga dari kanan) mahu anak buah bangkit buru kemenangan. FOTO/AFP
AFP

WATFORD: Pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino percaya kegagalan mencatatkan kemenangan dalam empat aksi termasuk ketika seri 1-1 dengan Watford tidak akan melemahkan semangat pemain sebaliknya akan bangkit pada baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Spurs yang memulakan musim ini dengan cemerlang tetapi gagal menamatkan kemarau kemenangan dalam empat perlawanan menyaksikan mereka kini semakin jauh dalam pemburuan mahkota kejuaraan EPL.

Bagaimanapun, Pochettino berasakan keadaan tidak menyebelahi mereka sejak beberapa perlawanan dan malam tadi mereka terpaksa menempuh lebih 40 minit dengan 10 pemain selepas Davinson Sanchez’s diperintah keluar padang susulan layangan kad merah.

“Bukan mudah untuk meraih kemenangan terutamanya dalam saingan liga ini (EPL), namun ada sesuatu yang kami belajar iaitu mengenai karakter,” kata pengurus Spurs itu.

PEMAIN pertahanan Spurs,  Dele Alli (kiri) mencabar pemain Watford, Christian Kabasele. FOTO/AFP
PEMAIN pertahanan Spurs, Dele Alli (kiri) mencabar pemain Watford, Christian Kabasele. FOTO/AFP

“Adalah penting bagi kami untuk mengubah perasaan. Kami kecewa selepas perlawanan terakhir kami di Leicester (tewas 2-1). Kami berada dalam tempoh sukar dan banyak perkara di luar jangkaan menghantui kami.

“Tetapi kami akan terus berjuang dan akan menjadi lebih baik selepas ini. Kami miliki karakter dan itu sudah cukup untuk membangkitkan kami semula,” katanya.

Tottenham Hotspur dikejutkan dengan gol pendahuluan Watford menerusi tandukan Christian Kabasele pada minit ke-13 hasil hantaran lintang Tom Cleverley sebelum Spurs berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain terbaik Asia yang bermain di luar Asia, Son Heung Min kira-kira 13 minit selepas jaringan awal itu.

PENYERANG Spurs, Harry Kane (tengah) melepasi pemain Watford. FOTO/AFP
PENYERANG Spurs, Harry Kane (tengah) melepasi pemain Watford. FOTO/AFP

Spurs sekali lagi bergelut dalam perlawanan ini dan terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Davinson Sanchez dibuang padang pada minit ke-52.

“Kami berhak mendapat lebih lagi. Pada separuh masa kedua, kami bermain kurang seorang pemain lebih 40 minit. Pasukan kami cukup berani untuk cuba menang perlawanan ini.

“Saya gembira dengan keputusan yang kami capai dengan kurang seorang pemain. Yang bagusnya kami tak bolos ketika bermain 10 orang dan hampir menjaringkan gol. Kami mengawal perlawanan dengan baik dan saya gembira dengan aksi pemain-pemain saya,” katanya.

PENYERANG Spurs, Harry Kane (kiri) bercakap dengan pengadil, Martin Atkinson.  FOTO/AFP
PENYERANG Spurs, Harry Kane (kiri) bercakap dengan pengadil, Martin Atkinson. FOTO/AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Disember 2017 @ 12:26 PM