HENDERSON (kanan) alami kecederaan betis. FOTO Agensi
HENDERSON (kanan) alami kecederaan betis. FOTO Agensi
Agensi

KAPTEN Liverpool, Jordan Henderson boleh beraksi menentang Wolves awal pagi esok, menurut pengurus, Jurgen Klopp.

Pemain tengah England itu cedera selepas tulang betisnya disepak pemain lawan ketika Liverpool membelasah Leicester City 4-0 pada Boxing Day tetapi Klopp menganggap kecederaan itu hanyalah sakit biasa dan mengesahkan tiada pemain Reds berdepan masalah kecergasan menjelang kunjungan skuad Nuno Espirito Santo.

Pendahulu Liga Perdana itu menurunkan skuad terkuat di Stadium King Power dengan Henderson, Naby Keita dan Georginio Wijnaldum di bahagian tengah dan pengendali Liverpool berkata skuad sama berdepan Wolves yang berada pada prestasi terbaik ketika ini.

Ketika menilai tahap pemulihan pemainnya, Klopp berkata dalam laman web rasmi kelab, “Semua agak OK. Hanya satu masalah kami berlatih sebelah petang jadi saya perlu tunggu semua maklumat. Tetapi mereka nampaknya semua OK."

Henderson membarisi kesebelasan utama Liverpool sebanyak 14 kali daripada 18 aksi liga musim ini dengan menjaringkan satu gol ketika menewaskan Tottenham 2-1 pada Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Disember 2019 @ 11:57 AM